Bahasa Melayu | English
Hubungi Kami
Telephone NumberCall Centre : 088-266-600
EmailE-mail: [email protected]
WhatsappWhatsapp: 017-8667883

Daftar Masuk

Email
Katalaluan
Register
Lupa katalaluan?Klik Sini
JKR Sabah Globinaco Sdn Bhd

SOALAN LAZIM

Info Umum
  1. Bagaimana mengenalpasti jalan?
  2. Bagaimana rupabentuk tanda jalan?
  3. Bagaimana mengenalpasti kedudukan?
  4. Apa itu ’landmark’?
  5. Bagaimanakah caranya untuk membuat aduan?
  6. Apakah bentuk aduan yang boleh dibuat?
  7. Apakah maklumat penting yang diperlukan ketika membuat aduan?
  8. Mengapakah perlu pengadu memberikan nombor telefon?
  9. Adakah identiti dan maklumat perhubungan pengadu dirahsiakan?
  10. Apakah jenis-jenis jalan yg terdapat di negeri Sabah?
  11. Apakah pula jenis jalan-jalan yang dikendalikan oleh web portal ini?
  12. Bagaimanakah jalan-jalan ini berbeza?
  13. Berapa cepatkah pengendalian aduan yang dibuat?
  14. Mengapakah terdapat aduan yang belum diselesaikan?



Info Umum

  1. Bagaimana mengenalpasti jalan?

    Jalan boleh dikenalpasti dengan nama jalan dan logo yg terdapat pada tanda jalan. Jalan yang mempunyai logo JKR pada tanda jalan dikendalikan oleh JKR manakala jalan yang mempunyai lambang pihak berkuasa tempatan dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan.

    Kembali ke atas


  2. Bagaimana rupabentuk tanda jalan?

    Tanda jalan perseketuan berwarna hijau dengan teks berwarna putih dan logo JKR yang berwarna kuning.

    Kembali ke atas


  3. Bagaimana mengenalpasti kedudukan?

    Kebiasaannya tanda nama jalan berada pada permulaan dan penghujung setiap jalan.

    Kembali ke atas


  4. Apa itu ’landmark’?

    Gambaran ringkas tentang tanda lokasi yang berdekatan seperti bangunan kerajaan, pasar besar, stesyen minyak, estet perumahan, kampung dan sebagainya.

    Kembali ke atas


  5. Bagaimanakah caranya untuk membuat aduan?

    Telefon: 088-266-600/ 260-066 Fax: 088-265-500 email: [email protected] Akhbar tempatan.

    Kembali ke atas


  6. Apakah bentuk aduan yang boleh dibuat?

    Segala yang berkaitan dengan jalan dan keadaannya.

    Kembali ke atas


  7. Apakah maklumat penting yang diperlukan ketika membuat aduan?

    (a) Lokasi (Daerah, Pekan, Nama Jalan) dan aduan (b) Nombor telefon pengadu yang boleh dihubungi.

    Kembali ke atas


  8. Mengapakah perlu pengadu memberikan nombor telefon?

    Untuk memudahkan kami mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang lokasi atau aduan yang dibuat (jika perlu) dan untuk pihak kami memberikan status terbaru kepada pengadu.

    Kembali ke atas


  9. Adakah identiti dan maklumat perhubungan pengadu dirahsiakan?

    Identiti dan maklumat pengadu adalah sulit dan dirahsiakan.

    Kembali ke atas


  10. Apakah jenis-jenis jalan yg terdapat di negeri Sabah?

    Jalan persekutuan adalah di bawah pengendalian Kerajaan persekutuan manakala jalan negeri adalah di bawah pemantauan Kerajaan Negeri Sabah. Kesemua jalan ini dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sabah. Jalan daerah pula dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan (Dewan Bandaraya, Dewan Daerah). Pihak-pihak berkuasa yang lain seperti JPPS dan DID mengendalikan jalan raya di bawah pemantauan masing-masing. Jalan raya persendirian seperti jalan-jalan estet dan perladangan pula dikendalikan secara persendirian.

    Kembali ke atas


  11. Apakah pula jenis jalan-jalan yang dikendalikan oleh web portal ini?

    Web portal ini mengendalikan jalan –jalan berturap Negeri Sabah (Sabah State Sealed Roads – SRT 1)

    Kembali ke atas


  12. Bagaimanakah jalan-jalan ini berbeza?

    Jalan-jalan persekutuan dan jalan-jalan negeri adalah berturap dan tidak berturap.

    Kembali ke atas


  13. Berapa cepatkah pengendalian aduan yang dibuat?

    Aduan yang dibuat akan disiasat dan dinilai dan tindakan akan diambil. Status aduan dan tindakan yang dibuat akan dikemaskinikan melalui web portal ini.

    Kembali ke atas


  14. Mengapakah terdapat aduan yang belum diselesaikan?

    Sebarang kelewatan mungkin berpunca daripada sumber kewangan yang terhad dari Kerajaan Negeri. Dalam kes lain, jalan-jalan yang di bawah pemantauan institusi lain akan disalurkan ke pihak berkuasa yang berkenaan.

    Kembali ke atas